Kelas Asas Komputer & Advokasi KDB (Tuai-tuai Rumah)

24 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2024, PEDi Machan telah mengadakan kelas Asas Komputer & Advokasi KDB. Kelas ini diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di bilik Latihan PEDi Machan. Kelas ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta yang terdiri daripada Tuai-tuai Rumah & Setiausaha JKKK.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan asas komputer dan teknologi kepada para peserta. Peserta diperkenalkan dengan pengenalan komputer dan internet. Selain itu, peserta diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Teknologi & Anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali